Sila log masuk terlebih dahulu.

Negara akan gagal akibat rasuah

Gambar kecil: Fatin Nur Majdina Nordin
Gambar kecil: Fatin Nur Majdina Nordin
A
A
A

SHAH ALAM - Budaya rasuah menyebabkan negara akan mengalami kegagalan dalam pelbagai dimensi termasuk kepimpinan, ekonomi, sosial sains dan teknologi sekiranya tidak dibendung.

Naib Presiden Bahagian Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Malaysia (Abim), Fatin Nur Majdina Nordin berkata, satu kes rasuah sahaja sudah cukup untuk merencatkan pelbagai sektor kerana setiap sektor berangkai dan saling berhubung.

“Sebagai contoh, sekiranya berlaku monopoli dan kepincangan dalam sektor komunikasi seperti penyediaan internet dan yang berkaitan akan memberi kesan kepada sektor pendidikan serta seluruh rakyat secara umum.

“Pembangunan bukan hanya bersifat material, tetapi yang lebih utama ialah modal insan meliputi keperibadian rakyat dan pemimpin yang bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fatin Nur Majdina berkata, perkembangan isu rasuah dalam negara ini amat mengecewakan dan sekaligus membimbangkan rakyat.

“Walaupun kita dapati banyak usaha membendung rasuah sejak sekian lama di negara kita, khususnya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institusi Integriti Malaysia (IIM) dan sebagainya, tetapi rasuah masih berlaku dan semakin terasa kesannya terhadap masyarakat serta negara.

“Rasuah seperti telah membarah dalam pelbagai peringkat dan sektor, malah turut melibatkan pegawai kerajaan dan bukan kerajaan, kecil dan besar, ahli perniagaan serta melibatkan para menteri,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, penambahbaikan dalam sektor tertentu seperti dari bahagian penguatkuasaan undang-undang merupakan antara langkah yang perlu dilaksanakan bagi memerangi budaya rasuah dalam negara.

Artikel Berkaitan:

“Pendidikan dan advokasi berterusan melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, universiti, penjawat awam dan swasta, agamawan, ahli politik dan media.

“Badan pengurusan yang benar-benar bebas dan berfungsi, dikendalikan secara telus oleh ahli yang bertanggungjawab dan wibawa, serta sistem yang jelas dan telus, libat urus badan pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar,” katanya.