Mohd Suhaimi pangku tugas Ketua Polis Daerah Kota Bahru

Abdul Rahim (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Mohd Suhaimi (kanan) sambil disaksikan oleh Shafien pada majlis serah terima tugas di Dewan Taming Sari IPD Kota Bharu pada Ahad.
Abdul Rahim (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Mohd Suhaimi (kanan) sambil disaksikan oleh Shafien pada majlis serah terima tugas di Dewan Taming Sari IPD Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Superintendan Mohd Suhaimi Ali dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu berkuat kuasa pada Ahad.

Mohd Suhaimi dilantik sebagai pemangku jawatan itu susulan Ketua Polis Daerah sebelum ini Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud bersara wajib bermula Isnin.

Majlis serah terima tugas antara Abdul Rahim dan Mohd Suhaimi disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat di Dewan Taming Sari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Sementara itu, Abdul Rahim dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh warga kerja IPD Kota Bharu yang telah memberikan kerjasama padu sepanjang memimpin pasukan lebih tiga tahun.

"Sepanjang bertugas saya dan pasukan telah mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebagaimana ditetapkan oleh pengurusan.

"Besar harapan saya agar, IPD Kota Bharu terus maju jaya pada masa hadapan," katanya.

Abdul Rahim telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 35 tahun dan sebelum menyertai pasukan keselamatan itu, Abdul Rahim merupakan seorang guru yang pernah mengajar di Pasir Mas.

Artikel Berkaitan: