X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Bot karam, tiga beradik hilang

Operasi mencari dan menyelamat tiga beradik yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Kampung Batu Payung, Tawau.
A
A

TAWAU - Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Kampung Batu Payung di sini pada petang Sabtu.

Saiful Muhaimin, 14, bersama dua adiknya Adam, 13 dan Saina, 12, sehingga kini masih belum ditemui, manakala enam mangsa yang lain berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejar ke lokasi kejadian.

"Bot itu karam ketika kesemua mangsa berpatah balik dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa menuju ke Kampung Batu Payung.

"Terdapat sembilan mangsa dalam kejadian ini di mana enam berjaya diselamatkan penduduk kampung, manakala tiga lagi hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, usaha mencari mangsa dan menyelamat (SAR) segera dilakukan membabitkan lima anggota bersama 17 bot penduduk kampung di kawasan berkenaan.

"SAR turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!