Piala Kelab Dunia: AS Pirae ganti Auckland City

Piala Kelab Dunia - Foto AFP
Piala Kelab Dunia - Foto AFP
A
A
A

KELAB Liga Tahiti, AS Pirae akan melakukan penampilan di Piala Kelab Dunia selepas Auckland City menarik diri berikutan pandemik Covid-19 dan langkah kuarantin diperlukan oleh kerajaan New Zealand, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Auckland City sebelum ini juga terpaksa menarik diri daripada edisi tahun lalu di Qatar susulan sekatan sempadan Covid-19 di New Zealand.

“... Auckland City FC dengan berat hati terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu. AS Pirae kini dicalonkan sebagai wakil Konfederasi Bola Sepak Oceania untuk Piala Kelab Dunia FIFA,” kata FIFA dalam satu kenyataan.

Pirae akan menyertai juara Eropah Chelsea, pemegang Copa Libertadores Palmeiras, pemenang Liga Juara-Juara AFC, Al Hilal; juara Liga Juara-Juara Afrika Al Ahly; pemenang Liga Juara-Juara CONCACAF Monterrey dan kelab sensasi Liga Pro UAE, Al Jazira pada kejohanan itu.

AS Pirae akan menentang Al Jazira pada pusingan pertama, menyaksikan pemenang bertemu Al Hilal pada pusingan kedua, dengan pemenang perlawanan itu akan berdepan Chelsea di separuh akhir.

Sementara dalam satu lagi separuh akhir, Palmeiras akan menentang pemenang perlawanan antara Al Ahly dan Monterrey.

Piala Kelab Dunia akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 3 hingga 12 Februari depan.

Artikel Berkaitan: