X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Bilangan mangsa banjir di Segamat meningkat

Anggota APM Segamat membantu di PPS SK Batu Anam Segamat.
A
A

JOHOR BAHRU- Bilangan mangsa banjir yang di Segamat merekodkan peningkatan apabila seramai 658 mangsa banjir daripada 192 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara ( PPS) setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu meningkat berbanding 456 mangsa daripada 133 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Segamat pada jam 8 pagi.

Katanya, Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Tenang merupakan PPS yang mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai iaitu 223 orang daripada 73 keluarga diikuti Dewan SK Batu Anam, 202 mangsa daripada 59 keluarga.

"Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK) Cina Ai Chun; 160 orang daripada 38 keluarga, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; 36 mangsa daripada 13 keluarga dan Balairaya Kampung Paya Lebar; 15 mangsa daripada tiga keluarga.

"Dewan Serbaguna Jalan Genuang; enam mangsa daripada sebuah keluarga, Balairaya Kampung Serimin; enam mangsa daripada sebuah keluarga, Balairaya Kampung Paya Lenga; lima mangsa daripada sebuah keluarga dan Balairaya Kampung Gelang Chinchin; lima mangsa daripada tiga keluarga," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan dijangka berlaku di Pontian, Kulai dan Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Paras air di Sungai Segamat di Bandar Segamat, Sungai Muar, Kampung Awat Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur berada pada paras bahaya sebelah pagi Sabtu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!