Dua beranak maut motosikal ditunggang terbabas

Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) menghala pusat bandar, pada Jumaat. - Gambar hiasan
Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) menghala pusat bandar, pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua beranak maut selepas motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas di kilometer (KM) 2.5 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) menghala pusat bandar di sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, motosikal tersebut ditunggang oleh lelaki berusia 28 tahun dan ibunya yang berusia 60 tahun.

Menurutnya, motosikal mangsa melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Alza sekitar jam 7.20 pagi sebelum hilang kawalan.

"Mangsa melanggar belakang sebelah kanan Perodua Alza berwarna hitam yang berada di lorong yang sama lalu hilang kawalan ke lorong paling kanan dan telah melanggar sebuah Proton Persona berwarna maroon yang sedang bergerak di lorong paling kanan.

"Akibat kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran,"katanya.

Artikel Berkaitan: