Lelaki maut motosikal terbabas

Kemalangan yang menyebabkan lelaki terbabit mengalami cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.
Kemalangan yang menyebabkan lelaki terbabit mengalami cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Pasir, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 8. 10 pagi ketika lelaki berusia 57 tahun itu di percayai dalam perjalanan dari arah Batu Pahat menghala ke arah Bukit Pasir.

"Lelaki itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar penghadang kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkut Jalan (APJ), 1987 kerana melibatkan kematian.

Justeru, mana-mana saksi awam yang melihat kejadian tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Tong Siew Fen di talian 07- 4327704 bagi membantu siasatan.