Selangor belanjakan RM6 juta urus sampah banjir

Kerja-kerja pemunggahan sisa-sisa banjir dalam operasi pembersihan pasca banjir di Selangor sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Tapak Pelupusan Sisa Banjir di Jeram Sanitary Landfill Kuala Selangor. - Foto Bernama
Kerja-kerja pemunggahan sisa-sisa banjir dalam operasi pembersihan pasca banjir di Selangor sedang giat dijalankan ketika tinjauan di Tapak Pelupusan Sisa Banjir di Jeram Sanitary Landfill Kuala Selangor. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM6 juta daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM10 juta hingga RM20 juta untuk menguruskan sampah pasca banjir setakat ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka kutipan sampah tersebut telah mencecah 20,000 tan dan ia dijangka akan terus meningkat.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan di kawasan Hulu Langat, terutamanya di Taman Sri Nanding telah mencapai proses kutipan sampah pasca banjir sebanyak lebih daripada 70 peratus.

"Pembersihan di Hulu Langat sedang berjalan di Kampung Batu 10 hingga 14, manakala di Batu 16, 17 dan 18 baru bermula kerana penduduk di sana tidak sepadat seperti Taman Sri Nanding, jadi kita selesaikan kawasan padat dulu.

"Kerja-kerja pembersihan di Taman Seri Muda di sini pula mencapai 30 peratus kerana ia baru beroperasi pada 24 Disember lalu, hari ini (Jumaat) kita dah tambah 200 buah lori yang kita dah aturkan, jadi saya harap kita boleh selesaikan dalam masa seminggu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit Siri Kedua di Ruang Legar Bangunan Annex, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Shah Alam, di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Amirudin turut memaklumkan bahawa kerajaan Selangor menerima sumbangan sebanyak RM1.8 juta dari syarikat-syarikat besar kepada Tabung Bencana Negeri Selangor.

Ujarnya, wang tersebut akan digunakan untuk kerja-kerja kebajikan dan pemulihan pasca banjir yang sedang giat dijalankan.

Artikel Berkaitan: