Pandemik Covid-19 buat Chelsea rugi

Chelsea
Chelsea
A
A
A

CHELSEA mencatatkan kerugian USD$207.34 juta (RM 865.33 juta) untuk tahun berakhir 30 Jun 2021 apabila pandemik Covid-19 memberi impak teruk terhadap keupayaan mereka menjana pendapatan.

Sebelum ini perolehan Chelsea meningkat kepada USD$ 587.07 juta (RM2.45 billion) daripada USD$549.95 juta (RM2.29 billion) pada tahun sebelumnya selepas kemenangan Liga Juara-Juara, selain jumlah dibawa ke hadapan daripada lanjutan musim 2019-20 ke tahun kewangan 2020-21.

Pendapatan hari perlawanan mereka turun kepada USD$10.39 juta (RM43.46 juta) daripada USD$73.57 juta (RM307.04 juta) tahun lalu, manakala pendapatan komersial turun daripada USD$232.18 juta (RM969 juta) tahun lalu kepada USD$207.34 juta (RM865.33 juta) kerana kebanyakan perlawanan Liga Perdana diadakan secara tertutup.

"Sekiranya bukan kerana impak wabak pada hari perlawanan, kami yakin dapat mencapai rekod perolehan lebih baik tahun ini.

"Kekuatan, kestabilan dan pendekatan jangka panjang operasi kewangan bermakna aliran hasil kami kekal kukuh, namun Covid-19 akan terus memberi kesan pada tahun kewangan akan datang apabila operasi komersial kami meneruskan aktiviti normal,” kata Pengerusi Chelsea, Bruce Buck dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, Chelsea berkata, satu-satunya aliran pendapatan yang menunjukkan peningkatan tahun ke tahun ialah hasil penyiaran yang melonjak daripada USD$246.36 juta (RM1.028 billion) kepada USD$369.33 juta (RM1.541 billion).

Tambah kelab London itu, mereka telah melabur USD$298.06 juta (RM1.243 billion) dalam skuad sepanjang tahun kewangan 2020-21, termasuk rundingan semula kontrak pemain sedia ada.

Untuk rekod, pasukan Thomas Tuchel berada di tangga kedua dengan 42 mata selepas 20 perlawanan, lapan mata di belakang Manchester City.

Artikel Berkaitan:

Chelsea akan menjadi tuan rumah Liverpool di tempat ketiga, yang mempunyai baki satu lagi perlawanan pada Ahad.