X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Pereka fesyen dan pemilik Cosry, Putra Aziz meninggal dunia

Putra Aziz. Foto Instagram Putra Aziz.
A
A

KUALA LUMPUR - Pereka fesyen dan pengasas bersama Cosry, Putra Aziz, 45 dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam, Khamis, di ibu negara.

Berita pemergian Allahyarham disahkan dengan perkongsian di laman Facebook rasmi Cosry pada malam Khamis.

Menurut sumber yang rapat dengannya, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu.

Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004. Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.

Rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen. Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.

Allahyarham pernah bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, dan ramai lagi.

Pada bulan Oktober 2010, jenama Cosry diberi tanggungjawab mengemudi majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mod Yunos.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disemadikan esok di Tanah Perkuburan Islam Segambut pada 9 pagi esok (Jumaat). - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!