Sorok dadah dalam tayar basikal kanak-kanak

Abdul Halim menunjukkan tayar basikal kanak-kanak yang digunakan untuk menyembunyikan dadah ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.
Abdul Halim menunjukkan tayar basikal kanak-kanak yang digunakan untuk menyembunyikan dadah ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Tindakan licik satu sindiket pengedaran dadah menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam tayar basikal kanak-kanak terbongkar selepas berjaya dikesan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.

Pengarahnya, Abdul Halim Ramli berkata, modus operandi berkenaan berjaya dibongkar oleh Unit Narkotik JKDM Pulau Pinang selepas membuat serbuan ke atas sebuah syarikat kurier di Pusat Perniagaan Raja Uda di sini pada Rabu minggu lalu.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan jam 6 petang itu merampas 10 kotak parcel yang dikirimkan dari Ocenia untuk dihantar ke satu alamat ke negeri ini.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap salah satu kotak parcel mendapati ia mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim sebelum kesemua kotak terbabit dibawa pulang ke Pejabat Unit Narkotik di Kampong Kastam, Bagan Jermal untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan menyeluruh menemukan 104 bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi hablur kristal dadah disyaki syabu dalam tayar basikal," katanya ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Abdul Halim menunjukkan tayar basikal kanak-kanak yang digunakan untuk menyembunyikan dadah ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.
Abdul Halim menunjukkan tayar basikal kanak-kanak yang digunakan untuk menyembunyikan dadah ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Abdul Halim berkata, kesemua dadah berkenaan seberat 18,028 gram itu dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sedang mengenalpasti alamat dan pemilik parcel terbabit selain menyemak maklumat penghantar yang dikatakan menggunakan dokumen syarikat pengedar basikal.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut sedang dilakukan dan kita akan melihat dari semua sudut termasuk mengenal pasti sama ada syarikat berkenaan pernah membuat penghantaran barang sama sebelum ini.

"Kastam menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan terus menghubungi talian bebas tol kastam dan kita memberi jaminan semua maklumat serta identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori sekiranya disabitkan kesalahan.