SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin tersebut juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya.

"Projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya," katanya.

Menurutnya, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan sejak Januari tahun lalu hingga Mac lalu dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja tersebut selain diberikan komisen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

“Setakat ini, sebanyak 15 buah syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin tersebut dan antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #SPRM #Pemimpin #PejabatMenteriBesar #Rasuah

Artikel Berkaitan:

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution