Tanam timun fertigasi setinggi 1.2 meter elak banjir

Shahdan sentiasa memastikan tanaman timun secara fertigasi yang diusahakan di hadapan rumahnya di Kampung Padang Nyior, Rantau Panjang mendapat sumber air yang cukup.
Shahdan sentiasa memastikan tanaman timun secara fertigasi yang diusahakan di hadapan rumahnya di Kampung Padang Nyior, Rantau Panjang mendapat sumber air yang cukup.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang pekebun muda di Kampung Padang Nyior, di sini mengambil inisiatif mengantung tanaman timun secara fertigasi setinggi 1.2 meter bagi mengelak terkena air banjir.

Mohd Shahdan Ayub, 25, memberitahu, tanaman yang baru diusahakan di hadapan rumahnya sejak awal bulan lalu itu sering kali dilimpahi air sungai.

Menurutnya, walaupun risiko besar menanti, namun dia berharap projek tanaman dengan kos RM14,000 itu tidak terjejas walaupun air naik.

"Saya bermula dengan 840 polibeg timun dengan bimbingan seorang rakan dari kampung sebelah. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan kalau tiada aral melintang, cukup 20 hingga 25 hari bolehlah kutip hasilnya," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, dia mengusahakan tanaman berkenaan bersama bapanya Ayub Ibrahim, 57, yang juga membantu dari segi modal dan nasihat.

Beliau berkata, walaupun banjir besar 2014 lalu melumpuhkan kawasan rumahnya, namun dia optimis dengan kaedah fertigasi berkenaan sekurang-kurangnya mengurangkan risiko kerugian.

"Persediaan awal memang kita sentiasa lakukan sebab depan rumah saya ini ada tali air. Agak mudah untuk pergerakan air keluar masuk. Oleh sebab itu kami sediakan pelan kecemasan untuk gantung timun ini dengan lebih tinggi, Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan: