Sila log masuk terlebih dahulu.

Seorang pekebun dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara kerana merompak

10 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada Isnin atas pertuduhan merompak di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi 2 Julai, lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad.

Tertuduh, Nazry Mohamad Mokhtar berdepan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan setelah mengaku salah merompak menggunakan parang hingga mencederakan seorang wanita warga emas berusia 60 tahun di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor 2 Julai lalu.

Bapa kepada empat anak berusia sembilan, lapan, enam dan tiga tahun itu dituduh melakukan rompakan tersebut sekitar jam 12.40 tengahari pada 2 Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Hayda Faridzal Abu Hasan kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan dari tarikh tertuduh ditangkap.

Artikel: https://go.sinar.la/3O5CCAt

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian