Arsenal layan Manchester City tanpa Arteta tepi padang

Arteta - Foto AFP
Arteta - Foto AFP
A
A
A

PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta terpaksa melupakan penampilan bersama anak buah menjelang kunjungan pendahulu liga, Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates minggu ini selepas disahkan positif Covid-19, kata kelab itu pada Rabu.

"Mikel mengasingkan diri selaras dengan garis panduan kerajaan dan kami mengucapkan selamat maju jaya," kata Arsenal dalam satu kenyataan.

Arteta sebelum ini diuji positif pada Mac 2020, sejurus sebelum wabak itu memaksa saingan paling popular dunia tersebut ditangguhkan selama lebih tiga bulan.

Pengendali berusia 39 tahun itu juga pengurus EPL terbaru yang diuji positif selepas bos Crystal Palace, Patrick Vieira dan Steven Gerrard dari Aston Villa.

Rekod 103 kes positif Covid-19 ditemui dalam kalangan pemain dan kakitangan dalam Liga Perdana Inggeris sepanjang minggu lalu berikutan beberapa penangguhan perlawanan semasa tempoh perayaan yang sibuk.

Artikel Berkaitan: