LBS Foundation sumbang RM20,000 bantu mangsa banjir

Amal menyerahkan replika cek sumbangan RM20,000 kepada Amirudin (tengah).
Amal menyerahkan replika cek sumbangan RM20,000 kepada Amirudin (tengah).
A
A
A

SHAH ALAM - LBS Foundation memperuntukkan sumbangan sejumlah RM20,000 bagi membantu golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri Selangor.

LBS Foundation menerusi kenyataan berkata, bantuan kewangan itu disalurkan kepada kerajaan negeri menerusi Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit.

"Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor melancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran krisis banjir.

"LBS Foundation, selaku sayap tanggungjawab korporat sosial LBS Bina Group turut menyumbang kepada tabung tersebut sebagai tanda sokongan dan prihatin," kata kenyataan itu pada Rabu.

Pada 21 Disember lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pelancaran Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit bagi memudahkan individu, syarikat swasta, korporat atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta mana-mana individu yang ingin membantu proses pemulihan banjir di negeri itu.

LBS Foundation diwakili oleh Amal Abdul Aziz turut menyerahkan replika cek sumbangan RM20,000 kepada Amirudin pada majlis pelancaran tabung berkenaan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Artikel Berkaitan: