JAIS pinda tarikh persekolahan tahun depan

JAIS tetapkan pindaan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal tiga 2021/ 2022 yang dijadualkan pada 3 Januari kepada 10 Januari tahun depan.
JAIS tetapkan pindaan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal tiga 2021/ 2022 yang dijadualkan pada 3 Januari kepada 10 Januari tahun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat ketetapan pindaan tarikh permulaan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 yang dijadualkan pada 3 Januari kepada 10 Januari tahun depan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pindaan itu selaras dengan kenyataan media Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, bagi sekolah terjejas akibat banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) boleh dipertimbangkan untuk menangguhkan sesi persekolahan penggal tiga, 2021/2022 dengan kelulusan jabatan.

"Selaras dengan pindaan tarikh pengoperasian sekolah, pelaksanaan Ujian Kelayakan Khas (UKK) bagi pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dipinda dari 15 Januari kepada 29 Januari tahun depan.

"Bagi pelaksanaan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) adalah dikekalkan sebagaimana yang telah dijadualkan bermula 17 Januari tahun depan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun, kata beliau, tarikh pelaksanaan kerja kursus atau folio (tilawah) dan Ujian Syafawi untuk SMA, SMATQ dan SMATD yang dijadualkan pada 10 Januari hingga 11 Februari tahun depan dipinda kepada 17 Januari hingga 18 Februari tahun depan.

"Jabatan ini berharap semua sekolah dapat memulakan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 dalam keadaan kondusif dan selamat," jelasnya.

Artikel Berkaitan: