Tujuh maut, 28 cedera bas terhumban dalam gaung

Foto Twitter/ Fher Brollero
Foto Twitter/ Fher Brollero
A
A
A

BOGOTA - Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 28 cedera, lapan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran San Luis, Colombia, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Komander polis trafik dan lebuh raya Antioquia, Jaime Ramirez berkata, rangkaian kecemasan hospital diaktifkan serta-merta dan anggota bomba mula bertindak menyelamatkan mangsa kemalangan.

Menurut laporan pihak berkuasa, bas dari Bogota itu dalam perjalanan menuju ke perbandaran Monitos di jabatan Caribbean di Cordoba, lapor Xinhua.

Datuk Bandar San Luis Henry Suarez berkata, 22 mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan di bandar itu dan enam lagi ditempatkan di perbandaran berdekatan Puerto Triunfo.

Suarez berkata, tiada maklumat 'jelas' berhubung punca kemalangan, dan siasatan masih dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: