X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kawasan kejiranan kembar Siam sudah dibersihkan: MB

Muhammad memaklumkan tiada pihak yang datang mengutip sampah di kawasan kejiranannya selepas dialnda banjir pada Sabtu lalu.
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sudah melakukan kerja pembersihan di kawasan kejiranan dan persekitaran rumah pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli yang dilanda banjir pada Sabtu lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan itu sudah dibersihkan pada pagi Selasa.

"Alhamdulillah pagi ini (Selasa) kawasan terbabit telah dibersihkan oleh pihak KDEB dan MBSJ," katanya menerusi komen di akaun Facebook Muhammad Rosli.

Muhammad Rosli dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin memberitahu, kawasan kediaman keluarganya dilanda banjir pada Sabtu lalu bagaimanapun sehingga kini tiada pihak berwajib datang mengutip sampah di kawasan kejiranan.

"Saya dan kembar saya, iaitu Ahmad kembar siam pernah dibedah di Arab Saudi pada tahun 2002.

"Pada 18 Disember (lalu) kami sekeluarga mengalami banjir. (Kami) hendak minta tolong MBSJ dan pihak berwajib tolong datang kutip sampah di kawasan kampung kami," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!