Rina bantu bersihkan sekolah termasuk cuci najis unggas

Rina turut sama mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap serta menyusun atur kerusi dan meja di SK Salak Tinggi memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
Rina turut sama mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap serta menyusun atur kerusi dan meja di SK Salak Tinggi memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sebenarnya mencuci najis unggas dan cicak dalam sebuah video tular di media sosial.

Menurut JKM, selaku jabatan yang menguruskan operasi tersebut telah memohon kesudian menteri itu untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.

"Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM, dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka.

"JKM sekali lagi ingin menegaskan bahawa keterlibatan Datuk Seri Rina bukanlah sekadar membersihkan simen tersebut, malah beliau telah sama- sama melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah berkenaan," kata JKM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hari ini tular satu rakaman video yang menunjukkan Rina menggunakan waterjet bagi membersihkan kawasan lantai di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi.

Sekolah itu dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bermula 18 hingga 23 Disember dan perlu dipulangkan dalam keadaan bersih.

Bagaimanapun, rakaman itu mencetuskan kritikan kerana lantai tersebut sudah bersih malah turut kelihatan beberapa jurugambar merakamkan aksi tersebut.

JKM menjelaskan, Rina turut serta dalam operasi itu, bukan sekadar pembersihan kawasan, malah turut bersama Sukarelawan Keluarga Malasia yang lain mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap serta menyusun atur kerusi dan meja memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

"Datuk Seri Rina juga turut mengemas khemah-khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan akan datang.

"Justeru, JKM berasakan tidak adil para netizen membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha dan penglibatan Rina dalam operasi pembersihan tersebut.

"JKM juga menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malasia untuk tampil mendaftar dan terlibat menjadi Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir, dari membuat dan menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat," ujarnya.