X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Syafiq Ahmad kembali semula bersama Hijau Kuning

Syafiq Ahmad
A
A

GERGASI Liga Malaysia (Liga-M), Kedah Darul Aman memperkasakan bahagian penyudah Hijau Kuning dengan kehadiran semula Muhammad Syafiq Ahmad yang dipinjamkan dari juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan musim 2022.

Pemain berusia 26 tahun yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang ini merupakan watak yang cukup dikenali oleh peminat bola sepak di Kedah dan Malaysia, mula mencipta nama di peringkat remaja bersama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum.

Syafiq mula mencuri perhatian selepas diserap masuk ke skuad Piala Presiden Kedah selepas tamat pengajian pada musim 2013 dan antara pemain muda berusia 18 tahun yang mula mencipta nama bersama skuad utama Kedah.

Bersama Kedah ketika itu, Syafiq turut mewakili pasukan kebangsaan dan seterusnya mendapat tawaran untuk bersama skuad JDT FC. Pengalaman beliau yang beraksi bersama pasukan selatan tanah air itu cukup besar selepas menjuarai piala beberapa kejohanan tempatan dan turut beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia.

Selepas 4 tahun bersama JDT FC, musim 2022 Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC dan kepulangan beliau bukan hanya memberi suntikan positif di bahagian serangan malah turut mendapat sambutan hebat oleh semua penyokong Hijau Kuning.

Usaha membawa pulang Syafiq Ahmad ke pangkuan KDA FC adalah mustahil tanpa perkenan pemilik JDT FC, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,

yang membenarkan Syafiq dipinjamkan selama setahun kepada KDA FC.

Kontrak pinjaman ini sudah pasti memberi suntikan motivasi buat Syafiq untuk lebih cemerlang di musim 2022. KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat

Tunku Ismail bagi merealisasikan hasrat pengurusan pasukan dan barisan kejurulatihan untuk mendapatkan khidmat Syafiq.

Biodata Pemain

Nama: Muhammad Syafiq Ahmad

Umur: 26 tahun

Asal: Sungai Ara, Pulau Pinang

Ketinggian: 175 cm

Posisi: Penyerang


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!