Bayar cuma RM1.15 sehari anda dapat tonton semua game Liga Malaysia di sooka

No Image Caption
A
A
A

Anda kaki bola dan memang peminat tegar Liga Malaysia? Pastinya anda tak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat membabitkan pasukan pujaan ada di Liga Malaysia.

Pastinya anda mencari platform terbaik untuk layan kesemua perlawanan Liga Malaysia kan? Aplikasi sooka adalah jawapan paling tepat untuk memenuhi keinginan anda itu.

Sebenarnya bermula sejak 24 Februari 2023, penonton di Malaysia dapat menyaksikan kesemua 244 perlawanan Liga Malaysia 2023 melalui lima pertandingan yang akan berlangsung pada musim ini, iaitu Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, dan MFL Challenge Cup di sooka.

sooka merupakan aplikasi penstriman yang menyiarkan kesemua aksi dalam siaran sukan secara langsung sedunia dengan kandungan asli terpilih berdasarkan momen-momen yang digemari oleh peminat sukan terutamanya geng milenial.

Tambahan pula sooka sudah buat kolaborasi dengan tiga selebriti tempatan yang memang kaki bola; Nadhir Nasar, Amir Ahnaf dan Chubb-e yang pasti akan memeriahkan lagi suasana Liga Malaysia 2023. Anda boleh berkongsi minat dan menonton muzik video Liga Malaysia yang dijayakan oleh mereka.

sooka mempelawa semua peminat tegar atau diehard fans bola tempatan untuk sama-sama melaungkan ‘Sorak Bola Ikut sooka’ dengan promosi terbaharunya.

Ini kerana sooka membolehkan peminat bola sepak menonton kesemua perlawanan Liga Malaysia melalui peranti mudah alih dan Smart TV melalui pelan-pelan bebas kontrak dan bebas komitmen.

Para peminat bola sepak tempatan boleh menonton semua perlawanan tersebut dengan hanya RM1.15 sehari BEBAS KONTRAK, memang mampu bayar dan tak terikat dengan apa-apa komitmen kerana konsepnya ‘ikut sooka hati’ anda.

Pelan VIP TV (kini pada harga RM62.90 sebulan - untuk pengalaman menonton melalui Smart TV, akses tunggal kepada peranti mudah alih, dan penstriman semua sukan termasuk Liga Malaysia, Premier League, dan kesemua rancangan hiburan).

No Image Caption

Bukan itu saja tau dengan pakej VIP Sport anda bukan cuma dapat tengok bola tapi boleh juga layan macam-macam lagi program seperti siaran langsung, drama bersiri dan juga drama tempatan. Pendek kata sooka ni bukan setakat platform layan sukan saja tapi untuk hiburan sekali.

Menurut Ketua Program sooka, Emarina Kamal, komitmen sooka adalah ingin memastikan para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan atau gol penting sepanjang musim Liga Malaysia 2023.

Kata beliau, dengan menambah Liga Malaysia ke dalam platform sooka, ianya memberikan satu impak positif yang membuktikan sebagai jenama penstriman tempatan memberikan sokongan kepada kejohanan bola sepak negara dan menjadi juara kepada hiper lokal sukan di Malaysia.

“Kami memberikan para peminat kebebasan untuk memilih pengalaman menonton bola sepak melalui skrin pilihan mereka, dan membuat bayaran mengikut kemahuan mereka.

“Matlamat kami adalah untuk terus menyampaikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebebasan kepada para penonton, tanpa kerisauan atau batasan,” katanya.

Pastinya anda sentiasa menantikan pasukan kebanggaan anda seperti juara Liga Super sebanyak 9 kali, JDT, mahupun kelincahan Mikey atau Faisal Halim yang kini beraksi bersama Selangor FC. Anda juga pastinya mahu melihat kehebatan permainan pemain-pemain import terbaik macam dua pemain Johor Darul Ta’zim FC iaitu Bergson da Silva dan Fernando Forestieri serta ketua pasukan KL City, Paulo Josue.

Untuk menonton sooka dan merasai keseronokan menyaksikan aksi sukan secara langsung serta kandungan hiburan tempatan terbaik melalui peranti mudah alih anda ataupun skrin besar, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan stor aplikasi Samsung, LG, Sharp, dan Sony (untuk VIP TV). Kesemua pelan langganan sooka hadir tanpa kontrak dan bebas komitmen.

Saksikan kemeriahan Liga Malaysia dengan sooka di sini

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari https://get.sooka.my/vipsports