Pencemaran kimia: Gesa Kerajaan Johor hukum si pelaku - iGuru

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Ikatan Guru -Guru Muslim (iGuru) kesal terhadap kelewatan menangani kes pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang sehingga mengancam nyawa dan kesihatan murid sekolah.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, beliau mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk menghukum pesalah yang melakukan perbuatan itu dan mengutamakan keselamatan murid-murid.

Menurutnya, agensi kerajaan, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa diminta bekerjasama untuk tidak mengeluarkan maklumat palsu.

“Setakat ini, lebih 500 murid mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital, manakala lebih 20 buah sekolah ditutup.

‘Pihak berkuasa pula perlu melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai KIm Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu pihak berkuasa melakukan siasatan dan tidak akan membenarkan perkara ini melarat.

Artikel Berkaitan: