Enam maut letupan bom di Congo

Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden letupan pengebom bunuh diri di sebuah restoran di Beni, Congo pada Sabtu. Foto AFP
Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden letupan pengebom bunuh diri di sebuah restoran di Beni, Congo pada Sabtu. Foto AFP
A
A
A

BENI - Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden letupan pengebom bunuh diri di sebuah restoran di Beni, Congo pada Sabtu.

Serangan berlaku ketika angkatan tentera Congo dan Uganda melancarkan operasi besar-besaran terhadap kumpulan pengganas.

"Lima orang awam terbunuh dalam insiden berkenaan, dengan pengebom itu, jumlah angka korban adalah enam orang," kata Datuk Bandar Beni, Narcisse Muteba Kashale kepada agensi berita Reuters.

Jurucakap kerajaan Congo, Patrick Muyaya dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya berkata, siasatan berkenaan kejadian tersebut telah dilancarkan pihak berkuasa.

Ketika ini masih tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.

Congo dan Uganda melancarkan operasi ketenteraan di kawasan berkenaan sejak November lalu mensasarkan Angkatan Tentera Demokrasi Bersekutu (ADF) yang dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas ISIS.

Sebelum ini kumpulan tersebut didakwa telah menyebabkan beberapa siri pengeboman di wilayah itu. - Awani

Artikel Berkaitan: