X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

300 kambing, 10 lembu lemas dalam banjir

Bangkai kambing dan lembu yang mati di kandang milik Imam Sufaat selepas musibah banjir di Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam.
A
A

SHAH ALAM - Seorang penternak kambing dan lembu terpaksa menanggung kerugian lebih RM80,000 apabila ternakannya mati dalam kejadian banjir besar di Kampung Lombong, Seksyen 29 di sini pada Sabtu.

Imam Sufaat Ishak, 43, berkata, kejadian banjir itu amat tidak disangka kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, pada mulanya dia beranggapan air akan segera surut dalam masa yang cepat, namun sangkaannya meleset apabila air naik dengan cepat.

"Saya bersama pekerja mengambil keputusan untuk menyelamatkan kambing di kandang terlebih dulu kerana ia lebih berisiko berbanding lembu.

"Pada trip pertama, saya menggunakan tiga buah lori dan dua pacuan empat roda untuk memindahkan ternakan ke kandang di Jalan Kebun, Shah Alam kira-kira jam 3 petang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semasa Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di sini pada Jumaat.

Imam Sufaat menunjukkan ternakan kambing yang mati selepas musibah banjir di kandangnya di Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam.
Imam Sufaat menunjukkan ternakan kambing yang mati selepas musibah banjir di kandangnya di Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam.

Imam Sufaat berkata, selepas itu beliau cuba lagi memindahkan haiwan peliharaan yang lain, namun gagal apabila air naik semakin tinggi hingga tidak boleh dilalui kenderaan.

Katanya, musibah itu mengakibatkan 300 ekor kambing dan 10 ekor lembu mati selain kerosakan makanan haiwan, peralatan serta kenderaan.

"Saya anggarkan mengalami kerugian lebih RM80,000," katanya.

Justeru, beliau berharap pihak kerajaan dapat membantu semua penternak yang terjejas akibat banjir dari segi infrastruktur bagi memulakan ternakan baharu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!