70 rider redah banjir hantar bekalan keperluan

Seramai 70 penghantar makanan turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat pada Khamis.
Seramai 70 penghantar makanan turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat pada Khamis.
A
A
A

HULU LANGAT - Seorang penghantar makanan tidak menyangka permintaannya yang mengajak rakan-rakan 'rider' menjadi sukarelawan untuk membantu menghantar bekalan keperluan kepada mangsa banjir mendapat perhatian ramai.

Penghantar makanan, Eirwan Ahmad, 40, sebelum itu memuat naik satu hantaran di Facebook untuk mengajak rakan-rakan 'rider' menjadi sukarelawan ke kawasan Sungai Lui di sini sebelum ianya tular.

Eirwan berkata, selepas hantaran itu tular, seramai 70 'rider' turun membantu menghantar bekalan keperluan kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di sini pada Khamis.

"Saya dapat mesej perlukan bantuan 'rider' kerana ada jalan tidak boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda. Tak sangka hantaran Facebook saya menjadi tular dan sekitar 70 'rider' turun semalam (Khamis).

"Kita faham 'rider' ini kerja ikut trip, ada kerja ada gaji, tidak bekerja tiada duit. Tetapi bila sebut tentang kemanusiaan mereka bersemangat untuk turun padang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Seramai 70 penghantar makanan turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat pada Khamis.
Seramai 70 penghantar makanan turun padang membantu mangsa banjir di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat pada Khamis.

Menurut Eirwan, dia memerlukan lebih ramai lagi penghantar makanan untuk menghantar bekalan pada Sabtu dan Ahad kerana dijangka lebih ramai sukarelawan turun untuk bergotong-royong membersihkan rumah mangsa.

"Ikut pemerhatian saya, bekalan makanan banyak hingga ada yang rosak. Kebanyakan pusat bantuan ini mengharapkan mangsa datang sendiri untuk mengambil bantuan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami sebagai 'rider' akan hantar makanan kepada mereka semua kerana ramai mangsa yang mengadu tidak boleh keluar dari kawasan mereka disebabkan jalan rosak dan kenderaan mereka musnah dalam banjir," katanya.

Katanya, bagi mereka yang berminat untuk menyertai misi bantuan pada Sabtu dan Ahad ini boleh menghubunginya di talian 012-365 5448 atau boleh terus berkumpul Restoran Terra Pong, Batu 18 di sini.

"Saya minta 'rider' di luar sana kalau hendak datang boleh hubungi saya atau terus datang ke tempat kami berkumpul di Restoran Terra Pong pada Sabtu dan Ahad ini," katanya.