LPP beri bantuan kepada anggota, ahli terkesan banjir

Azulita (kanan) dan LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang bagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.
Azulita (kanan) dan LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang bagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberikan sumbangan serta bantuan kepada anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan banjir ekoran hujan lebat yang melanda Sabtu lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, pihaknya menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP telah sama-sama membantu golongan yang menerima musibah tersebut.

“Ekoran bencana tersebut, puluhan ribu rakyat kehilangan tempat tinggal akibat ditenggelamkan banjir yang melanda di kawasan kediaman mereka.

LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang nagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.
LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang nagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.

“Pihak LPP sedang membuat penilaian bagi mengenal pasti kerosakan dan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh golongan sasar yang terkesan bagi menyediakan bantuan yang sewajarnya kepada Pertubuhan Peladang (PP) dan ahli-ahli peladang seluruh negara.

“LPP juga telah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan bebanan yang dialami mangsa termasuklah bantuan makanan yang meliputi barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, susu, biskut dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azulita berkata, LPP turut menyediakan bantuan kepada usahawan seperti pembersihan di kawasan projek yang dilanda banjir, bantuan geran pemulihan di bawah peruntukan Agrobank yang diberikan secara geran dan khidmat nasihat bagi membangunkan semula projek mereka.

“Bantuan kepada PP pula diberikan dalam bentuk pembersihan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan kawasan projek.

Artikel Berkaitan:

“Moratorium pinjaman PPK kepada LPP juga diberikan melalui taksiran kerosakan yang telah dikenal pasti serta bantuan geran untuk pemulihan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, LPP turut menggesa negeri-negeri yang tidak terkesan turut membantu dalam misi tersebut.

LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang nagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.
LPP menerusi Majlis Kelab Sukan Dan Rekreasi (MKSR) dan PUSPANITA LPP turun padang nagi membantu anggota dan ahli peladang di sekitar Selangor yang terkesan akibat bencana banjir.

“Sehingga kini, LPP telah meninjau kawasan bencana dan menyalurkan bantuan kepada mangsa dan anggota LPP yang terlibat seperti di Hulu Langat, Dengkil, Kelantan, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Pahang,” jelasnya.