[VIDEO] Aliff Daniel isytihar taubat, akui berpuasa seminggu sebelum ritual Thaipusam

A
A
A

SHAH ALAM - Berpuasa selama seminggu dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan air sebelum menyertai ritual agama Hindu ketika sambutan Thaipusam antara perbuatan yang diakui Aliff Daniel Adli dalam pengisytiharan taubatnya pada Khamis.

Aliff Daniel, 21, turut mengakui melakukan beberapa ritual termasuk mencucuk trisula pada pipi, meletakkan bel pada lidah serta membawa bekas susu atau pal kudam ketika berarak ke sebuah kuil di Batu Caves, Gombak pada Januari 2024.

Pengakuan itu dibuat menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini pada Khamis.

Dalam pengisytiharan itu, Aliff Daniel turut mengakui bernazar menerusi ritual agama Hindu bagi tujuan berkaitan ibunya, kebahagiaan keluarga, penghapusan dosa dan penyucian diri.

"Perbuatan saya demikian adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam dan bercanggah dengan prinsip aliran Ahli Sunnah Waljamaah," katanya menerusi pengisytiharan taubatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Daniel isytihar taubat hari ini

Aliff Daniel, ibu dan adik perempuan isytihar taubat

 Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak

Aliff Daniel isytihar taubat, akui berpuasa seminggu sebelum ritual Thaipusam

Artikel Berkaitan:

Aliff Daniel diperintah jalani pemulihan akidah tiga bulan, bertaubat

Beliau turut menyatakan pernah melakukan ritual agama Hindu dan Buddha di Indonesia serta India, selain mengamalkan pelbagai bentuk rawatan menggunakan mantera yang bukan bersumberkan ajaran Islam.

Aliff Daniel memberitahu, segala perbuatan itu dilakukan sebelum ini sehingga menimbulkan kegusaran awam, kekeliruan dan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Beliau turut menegaskan pengisytiharan itu dibuat atas kesedaran sendiri tanpa sebarang tekanan atau paksaan daripada mana-mana individu atau pihak.

Aliff Daniel turut menginsafi perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama, selain berusaha mendalami serta mengamalkan ajaran Islam berdasarkan pengetahuan ilmu yang benar.

"Saya insaf dan berazam untuk menjadi seorang Muslim lebih baik daripada sebelumnya," ujar beliau.

Dalam pada itu, Aliff Daniel turut menggesa mana-mana individu yang terpengaruh dengan perbuatannya sebelum ini supaya menghentikan kepercayaan yang terbina berdasarkan amalan berkenaan dan kembali kepada ajaran Islam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan bimbingan daripada guru berkelayakan atau pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri berkaitan amalan keagamaan.

Terdahulu, Aliff Daniel diperintahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah di sebuah kuil di Batu Caves pada 24 Januari 2024.

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!