Pencemaran kimia: Isyarat kerajaan perlu lebih tegas

Suasana di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Suasana di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyifatkan insiden pencemaran bahan kimia di sungai Kim Kim sebagai satu isyarat kepada pihak berkuasa supaya semua perusahaan yang melibatkan pengeluaran bahan sampingan merbahaya seperti gas beracun perlu diperiksa dengan teliti.

Menurutnya, ini kerana insiden yang berlaku di Pasir Gudang dianggap serius kerana melibatkan bilangan mangsa yang ramai.

"Malaysia perlu mempunyai peraturan dan kawalan yang ketat ke atas kilang pengeluaran bahan atau sisa yang bersifat toksik dan ia perlu dikuatkuasakan tanpa kompromi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegasnya, jika kerajaan tidak serius menangani isu tersebut, tidak mustahil insiden lebih besar boleh berlaku.

"Kami menggesa pihak kerajaan menyemak semua dasar membenarkan kilang pengeluaran bahan toksik beroperasi di negara.

"Alasan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan tidak harus mengatasi isu keselamatan manusia dan kualiti alam sekitar," katanya.

Justeru, beliau mendesak agar pihak yang bertanggungjawab ke atas pencemaran yang melibat gas toksik di Pasir Gudang itu dikenakan hukuman yang setimpal.

"Tidak mungkin mereka yang terlibat tidak tahu akibatnya jika gas beracun bocor terlepas ke udara apatah lagi mereka yang telah beroperasi lama sudah tentu wajib menjalani penyelenggaraan yang rapi kerana mengeluarkan gas merbahaya.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang terlibat mesti didakwa dan diheret ke mahkamah untuk menerima hukuman setimpal," katanya.

Artikel Berkaitan