KPN arah ketua polis daerah jumpa mangsa banjir buat laporan

Mangsa-mangsa banjir mula kembali ke kawasan perumahan mereka setelah banjir di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam semakin surut ketika tinjauan pada Rabu.
Mangsa-mangsa banjir mula kembali ke kawasan perumahan mereka setelah banjir di Taman Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam semakin surut ketika tinjauan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengarahkan ketua polis daerah (KPD) yang terlibat dalam lokaliti banjir untuk menemui mangsa yang ingin membuat laporan susulan banjir.

Acryl Sani berkata, ada beberapa balai yang terjejas kerana banjir sehingga mengakibatkan masalah teknikal seperti penggunaan sistem laporan dalam talian yang diaplikasikan ketika ini.

"Saya telah mengarahkan KPD pergi ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya ada pihak yang ingin membuat laporan dan ia akan dilakukan secara manual," katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Khamis.

Acryl Sani turut memaklumkan ada mangsa banjir yang tidak dapat keluar dari rumah masing-masing atas sebab-sebab tertentu, maka aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Unit Rondaan Bermotosikal (URB) atau kereta peronda Polis dikerahkan untuk mencari mereka dan membuat laporan polis di situ juga.

Artikel Berkaitan: