Siasat semula projek perumahan Taman Sri Muda

Hussamuddin Yaacub
Hussamuddin Yaacub
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa untuk membuat siasatan sama ada wujud amalan rasuah dalam projek perumahan di Taman Sri Muda, di sini susulan kawasan itu sebelum ini dikatakan menjadi tapak takungan air banjir.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, siasatan semula itu perlu dilakukan bagi mencari kebenaran di sebalik pendedahan yang semakin hangat diperkatakan ini.

Beliau menjelaskan, selain Sri Muda sepatutnya menjadi kawasan takungan air banjir tetapi telah dijual kepada pemaju untuk projek perumahan, mesej yang diterimanya daripada individu yang boleh dipercayai itu turut mendedahkan pemaju sepatutnya menambak tanah setinggi dua meter tetapi ia tidak dilakukan.

“Pihak berkuasa mesti membuka semula kes ini, menyiasat dan meminta semua yang terlibat bertanggungjawab serta membayar harga jenayah yang dilakukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Setakat Rabu, bencana banjir yang melanda Taman Sri Muda sejak Sabtu telah meragut 14 mangsa.

Artikel Berkaitan: