Tajuddin Ali pengerusi baharu Malakoff

Tajuddin Ali - Foto Theedgemarkets
Tajuddin Ali - Foto Theedgemarkets
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malakoff Corp Bhd telah melantik Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa berkata, beliau menggantikan Pengerusi semasa iaitu Datuk Hasni Harun yang akan menamatkan perkhidmatan menjelang 31 Disember depan disebabkan komitmen peribadi.

Tajuddin masih memegang jawatan korporat dalam syarikat lain seperti Pengerusi Optimax Holdings Bhd, Linde Malaysia Holdings Bhd dan SIRIM Bhd.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd dari 1996 hingga 2000, Gas Malaysia Bhd dari 2001 hingga 2004 dan UEM Group Bhd dari 2007 hingga 2017.

Memiliki Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Nuklear dari Queen Mary University of London, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Unit Tenaga Nuklear di Jabatan Perdana Menteri mulai 1988 hingga 1989, serta Ketua Pengarah Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia dari 1989 sampai 1996. - Bernama

Artikel Berkaitan: