X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Jangan politikkan isu banjir: Abdul Latiff

Abdul Latiff
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak diminta supaya tidak mempolitikkan isu bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana tumpuan harus diberikan untuk membantu mereka yang terjejas.

"Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku selama tiga empat hari ini, ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan.

"Justeru, ia tidak patut dipolitikkan kerana bencana adalah suasana yang menjurus kepada platform buta warna," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media Bergerak, Pusat Kawalan Operasi Bencana di Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, pada Selasa.

Abdul Latiff dalam masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu menyelamatkan mangsa yang terjejas.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!