Kelab EPL mahu perlawanan liga diteruskan

Kelab EPL tidak mahu oerlawanan ditangguh buat sementara waktu.
Kelab EPL tidak mahu oerlawanan ditangguh buat sementara waktu.
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam menolak cadangan untuk memberhentikan liga buat sementara waktu meskipun terdapat lonjakan dalam kes Covid-19 yang telah memaksa penangguhan beberapa perlawanan sebelum ini.

Pada mesyuarat pemegang saham yang melibatkan wakil daripada 20 kelab terlibat, kesemua mereka bersetuju untuk perlawanan yang dirancang sebelum ini diteruskan sepanjang musim perayaan yang sibuk.

Untuk rekod, hanya empat daripada 10 perlawanan berjaya dijalankan pada minggu lalu, ketika Britain masih bergelut dengan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi susulan penularan varian baharu, Omicron baharu.

Lembaga Liga Perdana sebelum ini mengusulkan untuk mempertimbangkan permohonan penangguhan berdasarkan jumlah kes dalam sesebuah pasukan namun tindakan itu mendapat kritikan hebat, dengan ramai pihak mempersoalkan proses membuat keputusan, selain bimbang ia akan menjejaskan integriti pertandingan.

"Pada mesyuarat kelab Liga Perdana, meskipun menyedari beberapa kelab sedang mengalami wabak dan cabaran Covid-19, kami telah mencapai keputusan kolektif untuk meneruskan jadual perlawanan semasa jika dibenarkan.

"Kesihatan dan kesejahteraan semua yang terlibat tetap menjadi keutamaan kami dan liga akan terus memantau dan mematuhi panduan kesihatan awam selain entiasa meneruskannya dengan berhati-hati," kata badan pengelola EPL dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kenyataan yang sama, badan pengelola liga itu turut mengesahkan 84 peratus pemain telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19

Jelas kenyataan itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan kelab untuk menggalakkan vaksinasi dalam kalangan pemain dan kakitangan kelab, serta mempromosikan vaksinasi kesihatan awam kerajaan kepada kelab dan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

"Liga Bola Sepak Inggeris juga mengesahkan bahawa segala pertandingan yang dirancang sebelum ini, termasuk suku akhir Piala Liga minggu ini, akan diteruskan seperti yang dirancang.

“Sepanjang wabak ini, dua keutamaan kami ialah memastikan kebajikan mereka yang terlibat dalam pertandingan EFL dan memastikan jadual perlawanan dapat diteruskan di mana ia selamat untuk berbuat demikian,” katanya.