Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak hari ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan empat negeri melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama) akan menerima hujan berterusan pada Selasa.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa pada Selasa.

Tambahnya, Lekukan Tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

1350363
1350363

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa 21 Disember 2021 (Selasa) yang melibatkan kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama),” katanya dalam satu kenyataan pada pagi Selasa.

Artikel Berkaitan: