Jalan kaki hampir 600 meter dalam gelap untuk selamatkan diri

Syahril Azhar bersama isterinya baru sahaja selesai membersihkan rumah dan mengambil beberapa barangan keperluan.
Syahril Azhar bersama isterinya baru sahaja selesai membersihkan rumah dan mengambil beberapa barangan keperluan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang mangsa banjir di Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam, Syahril Azhar Mohamad Saad bersama isteri dan anak-anaknya terpaksa keluar dari rumah dengan berjalan kaki hampir 600 meter dalam keadaan gelap sebelum menerima bantuan daripada kereta pacuan empat roda yang membawa mereka keluar ke kawasan selamat.

Menurutnya, air longkang di kawasan rumah mula penuh pada petang Jumaat manakala pada pagi Sabtu, air sudah mula melimpah sehingga ke kawasan rumah namun tiada sebarang arahan dikeluarkan.

Kawasan luar rumah Syahril Azhar.
Kawasan luar rumah Syahril Azhar.

“Saya terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan dan sebarang maklumat namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 12 tengah malam air dan mula naik sampai ke paras lutut, namun masih lagi tiada amaran atau apa-apa arahan daripada pihak berkuasa sama ada kami perlu mengosongkan rumah atau sebaliknya.

“Disebabkan ramai jiran sudah keluar dan mengosongkan rumah, saya turut mengambil pendekatan sama dengan membawa isteri serta anak-anak untuk keluar dengan segera sebelum air semakin naik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam pada Isnin.

Antara penduduk kampung yang turun menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam.
Antara penduduk kampung yang turun menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam.

Mengulas lanjut, Syahril Azhar berkata, ramai penduduk kampung dan orang awam datang menghulurkan bantuan dengan membawa mangsa-mangsa banjir keluar dari kawasan perumahan, mengagihkan makanan dan minuman.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, tiada pasukan keselamatan mahupun pihak berkuasa yang datang memberi bantuan pada malam tersebut dan menyifatkan masalah capaian internet di kawasan kediaman mereka sejak dahulu lagi antara punca penduduk sukar mendapatkan bantuan mahupun apa-apa maklumat.

Keadaan di dalam rumah Syahril Azhar.
Keadaan di dalam rumah Syahril Azhar.

“Sekiranya arahan awal diberikan mungkin kami sempat untuk mempersiapkan diri dan menyelamatkan barang-barang peribadi kami.

“Sebagai salah seorang mangsa banjir saya sangat berharap kerajaan dapat memperhalusi semula bantuan-bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir bukan hanya dari segi kewangan tetapi dari segi makanan serta ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia menganggarkan mengalami kerugian hampir RM10,000 memandangkan dua kereta miliknya mengalami kerosakan yang teruk selain barangan rumahnya seperti peti ais, televisyen, mesin basuh, sofa dan pakaian rosak akibat banjir.

Syahril Azhar membersihkan kawasan rumahnya
Syahril Azhar membersihkan kawasan rumahnya