Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan

Video tular memaparkan penduduk Taman Sri Muda memecah masuk kedai serbaneka akibat kehabisan makanan pada Isnin
Video tular memaparkan penduduk Taman Sri Muda memecah masuk kedai serbaneka akibat kehabisan makanan pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini terpaksa memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka pada Isnin apabila kehabisan bekalan makanan selepas terkandas dalam banjir selama dua hari di taman berkenaan.

Satu klip video berdurasi 11 saat turut tular memaparkan kejadian tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun Anne Abdullah di Facebook.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 1 hingga 2 petang berikutan kawasan tersebut teruk dilanda banjir.

"Saya mengesahkan beberapa kejadian pecah kedai serbaneka berlaku di (Taman) Sri Muda iaitu kawasan yang mengalami banjir teruk," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Baharudin berkata, pihaknya dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menggerakkan elemen cegah jenayah dan bantuan untuk memastikan keadaan terkawal di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: