Kelantan salur RM100,000 bantu mangsa banjir di Selangor, Pahang

Keadaan kawasan perkampungan Sungai Lui selepas dilanda banjir. - Foto Bernama
Keadaan kawasan perkampungan Sungai Lui selepas dilanda banjir. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan masing-masing berjumlah RM100,000 kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu disalurkan sebagai tanda solidariti kepada dua negeri yang terjejas teruk akibat banjir.

“Kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM100,000 masing masing kepada kerajaan negeri Selangor dan Pahang.

“Sumbangan tersebut disalurkan daripada Tabung Serambi Mekah ke kedua-dua negeri terbabit,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya pada Isnin.

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Serambi Mekah itu berkata, kerajaan ngeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir di dua negeri terbabit yang menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan harta benda.

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh ALLAH SWT bagi melancarkan operasi pemindahan dan operasi pemulihan pasca banjir,” ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan hujan luar biasa dan berterusan sejak pagi Sabtu selain kejadian air pasang menyebabkan Selangor dan Pahang dilanda banjir.

Artikel Berkaitan: