Banjir: Dua CAC ditutup sementara

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Dua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Klinik Kesihatan Seksyen 19 di sini dan CAC di Klinik Kesihatan Jenjarom, Kuala Langat, ditutup sementara, pada Isnin.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memindahkan perkhidmatan itu ke Klinik Kesihatan Puchong, Batu 14 dan Klinik Kesihatan Taman Medan.

Sebuah lagi klinik dibuka untuk urusan berkaitan CAC ialah Klinik Kesihatan Telok Datuk, Banting.

KKM turut memberitahu, perkembangan dan pengumuman terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Pada Ahad, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dalam kenyataan memaklumkan, masa operasi CAC Klinik Kesihatan Taman Medan ialah dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Semua urusan berkaitan CAC seperti pemotongan gelang dan surat pelepasan kes positif Covid-19 dipindahkan ke klinik itu serta-merta bermula Ahad.

Artikel Berkaitan: