MB Selangor redah banjir, bantu mangsa terkandas

Amirudin membantu menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di Taman Seri Muda. (Gambar Kanan) Tangkap layar ciapan Twitter Amirudin pada Ahad
Amirudin membantu menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di Taman Seri Muda. (Gambar Kanan) Tangkap layar ciapan Twitter Amirudin pada Ahad
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran air yang masih belum surut dan suasana gelap sepanjang operasi menyelamat.

“Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas.

“Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 penduduk di kawasan Taman Sri Muda di sini yang terperangkap banjir sejak Sabtu berjaya diselamatkan pagi ini (Ahad)

Amirudin berkata, kesemua mereka kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan akan dibenarkan pulang selepas banjir surut.

Artikel Berkaitan: