X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

KPLB gerakkan sukarelawan bantu mangsa banjir

Mahdzir ( kanan) beramah mesra bersama ahli yang hadir ke Program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini pada Ahad.
A
A

PADANG TERAP - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggerakkan sukarelawan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) pada kadar segera untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kemas bagi membincangkan hasrat tersebut.

Katanya, Kemas merupakan agensi yang mempunyai ramai kakitangan di lapangan yang dapat menghulurkan bantuan segera termasuk kerja-kerja menyelamat.

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Kemas, di negeri-negeri itu ada kakitangan Kemas yang kita boleh gerakkan pada kadar segera.

"Mereka ini boleh membantu anggota penyelamat dari segi kerja-kerja menyelamat serta menyampaikan bantuan makanan," katanya ketika ditemui di Program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini pada Ahad.

Walau bagaimanapun, Mahdzir berkata, beliau masih belum menerima maklumat jumlah keseluruhan anggota sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan berkenaan.

"Setakat ini misi bantuan berkenaan tidak melibatkan kakitangan Kemas dari negeri lain, kita hanya ambil kakitangan dalam negeri terlibat sahaja.

"Bagi persediaan pasca banjir saya akan merujuk kepada pengarah KPLB negeri masing-masing untuk melihat bentuk bantuan yang boleh kita hulurkan," katanya.

Pada Ahad, Mahdzir turut meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada mangsa banjir.

Lapan agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Felcra dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) masing-masing memperuntukkan RM500,000 bagi tujuan itu.

Mahdzir memaklumkan, KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!