Tiada laporan kes lima individu hampir dilanggar pacuan empat roda

Video tular yang memaparkan kenderaan pacuan empat roda cuba merempuh secara mengundur terhadap lima individu yang sedang mengharungi banjir di Jalan Kampung Batu Belah di sini.
Video tular yang memaparkan kenderaan pacuan empat roda cuba merempuh secara mengundur terhadap lima individu yang sedang mengharungi banjir di Jalan Kampung Batu Belah di sini.
A
A
A

KLANG - Polis sedang mengesan satu video tular berdurasi 33 saat yang memaparkan tindakan pemandu kenderaan pacuan empat roda cuba merempuh secara mengundur lima individu yang sedang mengharungi banjir di Jalan Kampung Batu Belah di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan insiden itu.

"Hasil siasatan awal kita mendapati pemandu kenderaan itu telah melakukan aksi berbahaya tetapi setakat ini kita belum menerima laporan berkaitan kejadian itu," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Video itu turut memaparkan kelima-lima individu dengan tiga daripada mereka yang berbasikal terjatuh ke dalam air banjir dianggarkan 0.5 meter kerana mengelak pacuan empat roda itu.

Artikel Berkaitan: