Gagal seludup minyak masak peket

Minyak masak paket bersubsidi yang dirampas dalam serbuan di Kampung Renab, Ayer Lanas, Jeli pada Ahad.
Minyak masak paket bersubsidi yang dirampas dalam serbuan di Kampung Renab, Ayer Lanas, Jeli pada Ahad.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas 400 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di Kampung Renab, Ayer Lanas, Jeli pada Ahad.

Dalam serbuan pada jam 12.10 tengah malam itu, Batalion 7 PGA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor turut merampas kereta Proton Saga Iswara yang dipercayai digunakan untuk menyeludup barangan tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sebelum itu pihaknya telah mengekori kereta Proton Iswara di Jalan Bukit Bunga.

"Setibanya di hadapan sebuah rumah di Kampung Renab kenderaan tersebut berhenti dan anggota bertugas terus menghampiri kereta tersebut lalu menahan pemandu untuk tujuan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, pemeriksaan menjumpai beberapa kotak berisi minyak masak bersubsidi.

Katanya, kesemua barang kes di bawa ke KPDNHEP Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: