Mangsa banjir Perak meningkat

Anggota bomba membawa membawa mangsa yang terjejas ke PPS berhampiran. Foto: ihsan Bomba
Anggota bomba membawa membawa mangsa yang terjejas ke PPS berhampiran. Foto: ihsan Bomba
A
A
A

TELUK INTAN - Seramai 86 mangsa daripada 21 keluarga membabitkan tiga kawasan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menangah Abdul Rahman Talib, Changkat Jong di sini pada Ahad.

Bilangan itu menunjukkan peningkatan 60 mangsa berbanding 26 mangsa daripada lapan keluarga yang dipindahkan ke PPS berkenaan pagi Ahad.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak berkata, jumlah berkenaan meningkat apabila kediaman mangsa dari Kampung Baru Batu 8 di sini turut dinaiki air akibat limpahan Sungai Bidor.

"PPS berkenaan turut menempatkan mangsa terjejas dari Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9. Mangsa membabitkan 20 lelaki, 28 wanita dan 38 kanak-kanak.

"Hujan berterusan melebihi 24 jam mengakibatkan limpahan Sungai Bidor dan setakat jam 4 petang paras air sungai mencatatkan setinggi 3.83 meter," katanya.

Menurutnya, semua mangsa dipindahkan dengan bantuan 37 anggota pelbagai agensi ke PPS berkenaan sebaik dibuka pada jam 8 pagi.

Katanya, antara agensi yang terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Pejabat Penghulu.

Artikel Berkaitan: