X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Beberapa laluan ditutup akibat tanah runtuh, banjir

Antara laluan yang dilanda banjir -Foto ihsan Anih Berhad
A
A

KUANTAN - Beberapa laluan di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir pada Ahad.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anih Berhad sehingga jam 4 pagi, Kilometer (KM) 66.1 dan 69.5 hala Kuala Lumpur masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh yang berlaku kira-kira jam 1 pagi dan masih dalam proses pembersihan.

"Selain itu, di KM 75.1 hala Kuala Lumpur dilanda banjir dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

"Turut terjejas akibat banjir di KM 74.4 (hala Kuala Lumpur) yang ditutup kepada semua kenderaan manakala KM 67.8 ditutup kerana banjir lumpur manakala KM 66.4 hingga KM 66.1 hala sama turut dilanda banjir Lumpur dan dalam proses pembersihan," ujar kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga memberitahu, di KM 52.4 sudah dinaiki air namun masih boleh dilalui semua kenderaan.

Dalam pada itu, di KM 113, KM 84.6 iaitu kedua-dua hala, air sudah menaiki jalan dan bahaya kepada semua kenderaan.

"Turut berdepan situasi sama di KM 84.4 di kedua-dua hala.Laluan Karak-Temerloh juga akan ditutup untuk kedua-dua hala," jelas kenyataan itu.

Beberapa laluan yang ditutup kepada semua kenderaan -Foto ihsan Anih Berhad
Beberapa laluan yang ditutup kepada semua kenderaan -Foto ihsan Anih Berhad


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!