Empat daerah catat gelombang suhu tinggi

Empat jajahan di negeri ini mengalami perubahan gelombang suhu di tahap 1, hari ini.
Empat jajahan di negeri ini mengalami perubahan gelombang suhu di tahap 1, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Empat jajahan di negeri ini mengalami perubahan gelombang suhu di tahap 1 (jaga-jaga), hari ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria berkata, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang mencatatkan suhu sekitar 35 hingga 37 darjah celsius, sejak semalam.

Menurutnya, jajahan Kuala Krai mencatat bacaan tertinggi iaitu 37° Celsius.

“Bulan Mac merupakan penghujung Monsun Timur Laut dan kebanyakan tempat lazimnya kurang menerima hujan bagi tempoh yang lebih panjang menyebabkan cuaca panas dan kering.

“Cuaca panas dijangka berkurangan selepas peralihan monsun bulan depan iaitu sebelum bermulanya Monsun Barat Daya, menjelang Mei,” katanya.

Rabiah berkata, perubahan cuaca akan berlaku kerana ia akan disusuli dengan hujan selepas peralihan monsun, bulan depan.

Walaupun gelombang suhu ini dijangka berakhir tidak lama lagi, namun penduduk dinasihati supaya mengehadkan aktiviti luar dan mengambil air yang mencukupi bagi mengelak masalah kesihatan.

Malah katanya, ia akan megurangkan kejadian strok haba kepada orang awam termasuk pelajar.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) akan sentiasa memantau suhu menerusi perkongsian maklumat di laman sesawang MMD.

Sehingga jam 9 pagi tadi, MMD mengeluarkan status gelombang haba seluruh negara mencapai tahap normal iaitu kurang daripada 35° Celcius kecuali beberapa kawasan iaitu Chuping, Perlis; Kota Setar, Pendang, Sik, Kulim, Baling, Kedah; Kuala Kansar, dan Hulu Perak.

Selain itu, beberapa daerah mencatatkan gelombang suhu di tahap jaga-jaga iaitu Jerantut, Temerloh, Bentong, dan Maran.

Sebanyak 17 daerah ini mencapai suhu antara 35 hingga 37 iaitu berada pada tahap satu (berjaga-jaga).