PKPD: Penduduk Kampung Jawa diminta patuh arahan

No Image Caption
A
A
A

LENGGONG - Penduduk Kampung Jawa, Mukim Ayer Hitam, Daerah Hilir Perak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa hari ini hingga 31 Disember diminta mematuhi arahan bagi mengelakkan penyebaran Covid-19 ke tempat lain.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong bagi urusan bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh PKPD itu.

"Saya harap penduduk sabar, akur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya supaya tidak menyebabkan berlakunya penyebaran virus ke tempat lain.

"Seperti biasa, pegawai daerah akan membuat anggaran bajet dan akan mohon kepada pegawai kewangan untuk keperluan seperti peralatan bagi petugas barisan hadapan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini pada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini pada Sabtu.

Pelaksanaan PKPD di perkampungan berkenaan dipercayai susulan penularan daripada kluster komuniti yang diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 12 Disember lepas.

Setakat ini, kluster itu merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 72 kes positif Covid-19 termasuk lima kes baharu pada hari ini dan pewartaan PKPD diputuskan setelah Kementerian Kesihatan meneliti segala penilaian risiko dan trend jangkitan pandemik berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: