Zionis serang pelajar Palestin

21Pelajar Palestin menyelamatkan diri selepas tentera Zionis melepaskan bom pemedih mata ke arah mereka.
21Pelajar Palestin menyelamatkan diri selepas tentera Zionis melepaskan bom pemedih mata ke arah mereka.
A
A
A

RAMALLAH - TEBING BARAT. Berpuluh-puluh pelajar Palestin cedera terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel semasa serbuan di sebuah sekolah rendah di bandar Hebron, hari ini.

Saksi berkata, tentera Zionis lengkap bersenjata sengaja menyasarkan kanak-kanak Palestin yang dalam perjalanan ke sekolah terbabit.

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Situasi itu mencetuskan serangan panik dalam kalangan pelajar serta mengganggu sesi persekolahan. - Agensi

Artikel Berkaitan: