X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Banjir kilat: 40 mangsa terjejas, satu PPS dibuka di Alor Gajah

A
A

MELAKA - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Alor Gajah selepas kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak jam 3 petang pada Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka, Leftenan Kolonel (PA), Cuthbert John Martin berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal itu kini menempatkan 40 mangsa daripada 11 keluarga yang terjejas.

''PPS itu dibuka pada jam 9 malam semalam selepas lebih empat kawasan di daerah berkenaan terjejas akibat banjir kilat. Kawasan tersebut adalah Kampung Bukit Tambun, Kampung Balai, Kampung Jeram dan Kampung Taboh Naning,'' katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat

Sementara itu, sebanyak 14 kawasan di daerah Melaka Tengah turut terjejas namun setakat ini tiada PPS dibuka.

Antara kawasan yang dilanda banjir kilat adalah Taman Bukit Beruang Melawis, Batu Hampar Peringgit, Malim Jaya, Hang Tuah Mall, Kampung Hulu, Kampung Sungai Putat, Kampung Morten, Kampung Chetti dan Empangan Klebang.

Di daerah Jasin pula, hanya sebuah kawasan iaitu Lubuk Kasau dilaporkan terjejas akibat hujan lebat yang melanda kawasan itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!