Sara hidup golongan B40 makin terjamin

A
A
A

Orang ramai yang terdiri daripada golongan B40 beratur untuk mendapatkan Bantuan Khas Covid-19 yang disediakan kerajaan.
Orang ramai yang terdiri daripada golongan B40 beratur untuk mendapatkan Bantuan Khas Covid-19 yang disediakan kerajaan.

Bantuan menyeluruh mencakupi pemberian tunai dan beberapa inisiatif lain membuktikan kerajaan prihatin dengan golongan ini

Golongan berpendapatan rendah (B40) adalah antara yang diberikan perhatian utama dalam Bajet 2022 yang dibentangkan pada 29 Oktober lalu.

Bantuan yang menyeluruh mencakupi pemberian tunai dan beberapa inisiatif lain membuktikan kerajaan prihatin dengan golongan B40 dalam usaha memastikan mereka dapat kembali bangkit selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

No Image Caption

Bajet 2022 dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera menyaksikan beberapa penambahbaikan dan pemerkasaan bantuan kepada golongan B40 termasuk meningkatkan jumlah pemberian tunai menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Artikel Berkaitan:

Ia menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.

Untuk golongan B40 yang pendapatan isi rumah bawah RM2,500, seramai empat juta penerima akan mendapat manfaat dan dipecahkan kepada tiga kategori. Pasangan yang tidak mempunyai anak akan menerima RM1,000.

Pasangan yang mempunyai seorang atau dua orang anak pula akan menerima RM1,500 dan pasangan yang mempunyai tiga anak akan menerima RM2,000.

Selain itu, Bantuan Awal Persekolahan diteruskan bertujuan mengurangkan beban ibu bapa bagi tujuan persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka dengan bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 secara sekali bayar.

Seramai tiga juta murid akan mendapat manfaat dengan syarat kelayakan kepada murid Tahun Satu sehingga Tingkatan Lima dan berasal daripada isi rumah yang berpendapatan bulanan kasar RM3,000 dan ke bawah.

No Image Caption

Kerajaan turut memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang yang mana golongan B40 layak menerima baucar RM75 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Begitu juga dengan Skim Perlindungan Masyarakat MySalam yang akan diperluas kepada semua penerima BKM dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.

Dalam pada itu, Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia diperkenalkan adalah satu inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bantuan menyeluruh

NORHAFIZA
NORHAFIZA

Bagi suri rumah, Norhafiza Rahim, 29, bantuan-bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung.

Menurutnya, wang itu digunakan untuk membeli barang dapur, keperluan harian dan barang keperluan untuk anaknya seperti susu formula.

"Kerajaan juga cukup prihatin dengan BKM tahun depan lebih tinggi daripada sebelumnya selain umumkan subsidi untuk beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang boleh melegakan ibu bapa seperti kami," katanya.

Bagi operator pengeluaran, Hawa Ali, 55, BKM yang ditambah baik pada tahun depan merupakan satu langkah baik oleh kerajaan sekali gus mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh golongan B40.

HAWA
HAWA

Beliau yang menerima bantuan sejak daripada PKP pertama menggunakan wang tersebut untuk membeli keperluan dapur dan menampung perbelanjaan lain.

Sementara itu, pekerja swasta, Faizal Hamis, 33, berkata, PKP yang dialami seluruh negara memberikan kesan besar kepadanya terutama untuk menampung belanja keluarga.

FAIZAL
FAIZAL

Ayah kepada dua orang cahaya mata itu bersyukur apabila menerima yang disifatkannya sangat membantu dalam perbelanjaan seharian.

"Saya melihat Skim Perlindungan Masyarakat MySalam yang akan diperluas kepada semua penerima BKM merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam keadaan rakyat tersepit dengan kos perubatan yang tinggi sekarang," katanya.

HAZIRAH
HAZIRAH

Peniaga dalam talian, Hazirah Mustapha, 33, pula mengharapkan kerajaan terus konsisten memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan apatah lagi pada ketika ini harga barang sedang meningkat.

"Memang sangat membantu kepada rakyat yang mempunyai gaji yang kecil untuk menampung perbelanjaan keluarga dan kehidupan seharian," katanya.

INFO:

Bantuan untuk B40

- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Tiada anak - RM1,000

Dua orang anak - RM1,500

Tiga orang anak - RM2,000

- Bantuan Awal Persekolahan (RM150)

- Program Baucar Perlindungan Tenang (RM75)

- Skim Perlindungan Masyarakat MySalam

- Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia

- Kit Kesihatan

- Kit Asas Kebersihan Wanita